Thursday, September 20, 2012
Tuesday, September 18, 2012
sakit di jari nmpak luka sakit di hati xnampak lukanya
Posted by Mr Cekelat at 2:54 AMselamat tinggal awk maafkan sy .. sy terpaksa dan ingin memberi awk peluang agar awk boleh menerima si dia kembali ,mungkin sy ni hanya tempat singahan semata2 bagi awk tp tak apa lah sy faham tu.. dan ape2 pun sy kan selalu doakn kebahagian awk dan terima kasih kasih syg awk selama ni pada sy yg xmampu henda sy balas .. terima kasih jugak kerna selalu membuat cekelet buat sy... sy sygkan awk .. maafkan sy ...
Sunday, September 16, 2012
Pendapat !!!
Posted by Mr Cekelat at 12:05 PMPersoalan utama di sini bukanlah semata2 pada status lelaki itu sebagai suami orang, sebaliknya penipuan atau sifat acuh tidak acuh lelaki itu menjaga sebuah perhubungan. Jenis banyak ALASAN !!! Inilah pokok persoalan yang perlu seseorang perempuan fikirkan secara mendalam sebelum membuat apa2 keputusan.
Tidak salah berkahwin dengan suami orang.. sebab memang agama mengharuskan perkahwinan poligami ini.. tetapi, cara macam mana ia dilaksanakan, itu yang perlu diperhalusi. Sama ada dengan cara yang betul, atau menggunakan cara tak betul dan penakut (kahwin kat Siam, berbohong dengan isteri dan bakal isteri dsb). Permulaan perhubungan itu sendiri, jika ia dimulakan dengan betul, Insya Allah, ia memudahkan perkahwinan itu menjadi betul sehingga ke akhirnya. Jika bermula dengan tak betul, kemungkinan untuk perkahwinan itu berakhir dalam keadaan tak betul (perceraian) juga sangat tinggi.
Orang kata perkahwinan ni macam membina masjid. Falsafahnya di sini, sebelum kita membina masjid atau memulakan apa2 juga urusan pembinaan (lukis pelan, pacak tiang dsb), kena tentukan dulu arah kiblat.. bila arah kiblat dah ditentukan, maka segala pekerjaan selepas itu akan berpandukan arah kiblat tersebut.. kalaulah kita main buat je masjid dulu dan tak tentukan arah kiblatnya, maka ada kemungkinan bila kita ukur balik arah kiblat, ia tak menepati ciri binaan.. mungkin minbar ada kat belakang, mungkin juga tempat imam solat akan mengadap ke pintu masuk dsb. Untuk membaiki perkara ini, akan memerlukan masa dan tenaga serta wang ringgit yang banyak.. kalau dapat dibetulkan pun, ia akan menjadi tak sesempurna jika dibina mengikut arah yg betul daripada awal. Jadi, untuk mengelakkan kos meningkat, lebih baik runtuhkan dulu dan bina balik masjid.
Begitulah juga hakikat perkahwinan.. jika tak ditentukan matlamat dan keperluannya daripada awal, maka ia akan jadi kucar-kacir bila dah mula menjejaki alam perkahwinan.
Berbalik kepada persoalan perjalanan isu ini, Sebagai lelaki, saya sendiri agak takut dengan lelaki jenis yang macam ni.. membuat ujikaji dalam perkahwinan.. dia ingat kahwin cerai ni macam ujikaji tikus dalam makmal ke? kalau tak jadi, boleh amik tikus lain untuk dibedah dan dibuang tikus yang tersalah bedah tadi? Terus-terang saya katakan, yang lelaki jenis ini memang tiada pendirian.. seorang wanita yang tak dicintainya, boleh memaksa beliau untuk mengahwininya.. bila dah berkahwin, beliau boleh pulak beralasan yang beliau tak cintakan wanita itu dan sekadar mencuba untuk menyintainya.. Agaknya lelaki tu banyak sangat baca novel dan tengok sinetron. Hape2 ntah.. Manalah otak waras di kurnakan Allah.
Saya tiada hak untuk menghukum sesiapa dalam situasi sebegini,. Tapi saya berhak untuk memberikan amaran kepada perempuan2 di luar sana untuk memikirkan dengan lebih mendalam sekiranya berlaku hal sebegini, perempuan samada perempuan tersebut ingin meneruskan keinginan berkahwin dengan lelaki durjana itu.
Bila berada dalam alam percintaan ni, memang semuanya nampak indah.. penuh dengan harapan, sangka baik, kenikmatan yang dibayangkan dsb.. tapi hakikatnya ia tak semudah yang kita bayangkan. Even perkahwinan yang dimulakan dengan betul pun (dapat restu mak ayah, berkahwin dengan orang yg dicintai dsb) banyak menerima dugaan dan cabaran.. tak kurang yang gagal dalam ujian dan berakhir dengan perceraian.. apatah lagi jika perkahwinan itu dimulakan dengan cara yang tak berapa betul.
Jika kita membina rumah di atas air, maka setiap hari kita akan berhadapan dengan air juga. Jika kita membina perkahwinan atas air mata orang lain, kemungkinan untuk kita berendam air mata sepanjang perkahwinan juga adalah tinggi. ~ngee tolong fikirkan baik2 ea.~
Teruskan hasrat untuk meneruskan hubungan? wow!!! boleh lah juga... tetapi kena melalui cara yang betul.. iaitu dengan cara berani menghadapi kenyataan. Kena berani berterus-terang dengan keluarga tentang status lelaki itu, dan kena berani juga menerima apa juga keputusan daripada keluarga. Yang penting perempuan yang menghadapi dilema seperti ini juga perlu berani untuk bersemuka dengan isterinya serta berbincang dari hati ke hati.. insyaAllah, dengan perbincangan, segala masalah akan dapat diselesaikan. Walaupun jawapannya selalunya tidak memberangsangkan.. OpPa!!!
Dalam keadaan sekarang, pihak perempuan cuma bergantung kepada cakap2 lelaki itu saja.. sedangkan beliau telah mempunyai rekod buruk berbohong akan statusnya... dan tak mustahil, pembohongannya akan berterusan walaupun selepas beliau berkahwin dengan anda (mungkin juga dia akan jumpa wanita lain dan menggunakan alasan yg anda dan isteri pertamanya memaksanya berkahwin, sedangkan beliau tak cintakan pun anda dan isteri pertamanya.. dan begitulah seterusnya!!! sebab cinta lelaki ini selalu berubah ubah ikut monsun, mereka selalu lupa pengorbanan kaum hawa :'( sungguh tidak marbelos kan?). Dalam ketiadaan apa2 ikatan ini, lebih mudah bagi anda untuk mengawal diri sendiri dan tidak membenarkan lelaki itu untuk berterusan menipu anda Jadi, jika sang lelaki tersebut ikhlas, suruhlah lelaki itu bawa anda berjumpa dengan keluarganya dan isterinya. Jika beliau berdolak-dalih, anda sendiri pun dah boleh agak apa sebenarnya yang sedang berlaku. Tapi harus di ingat, jika anda sendiri mengambil hak orang lain hukum karma selalu ada bagi mereka yang tertindas walaupun kita yang lebih kenal lelaki tersebut..Ujian ni namanya..
Persoalannya sang lelaki itu nak bercerai atau tak, itu bukan masalah anda untuk meneruskan perjuangan cinta anda. Jika rasa sayang itu melebihi segalanya , anda tak perlu melibatkan diri dalam urusan rumahtangga lelaki itu. Kemungkinan untuk lelaki menggunakan alasan itu untuk menarik simpati tetap ada. Apa yang penting sekarang adalah menetapkan pendirian anda sendiri. Wahai kaum perempuan di sana, anda kena memikirkan sedalamnya sebelum membuat keputusan. Kalau beliau boleh meninggalkan isterinya untuk wanita lain, apakah tiada kemungkinan untuk beliau meninggalkan anda jua suatu hari nanti untuk wanita yang lain pula? hmmm
Pentingnya anda menetapkan pendirian pada masa ini kerana selepas berlakunya akad nikah, anda akan terpaksa menerima segala baik buruk akibat daripada keputusan yang anda ambil. Jika keputusan anda itu disokong oleh ahli keluarga (mendapat restu mereka), Insya Allah anda akan ada sokongan yang dapat membantu anda saat memerlukan. Namun, jika anda nak mengikut seperti nasik lemak buah bidara, buang emak buang saudara demi perasaan kasih sayang tersebut, ada kemungkinan anda akan berseorangan menghadapi segala susah payah dalam perkahwinan. Restu ibu bapa itu sangat penting kerana dengan sebab doa merekalah, perkahwinan anak2 akan menjadi bahagia. Insya Allah
Jadi, langkah pertama.. tenangkan hati dengan dekatkan diri kepada jalan Allah tanpa terburu2 mengikut kata hati. Sekarang ni memang la anda rasa macam tak mampu, sebabnya anda menanggung masalah itu sendirian. Bila berkongsi masalah, Insya Allah, akan rasa lega sket kepala otak walaupun belum tentu masalah tu dapat diselesaikan. Seeloknya anda mintalah pertolongan daripada Allah dengan melakukan solat istikharah, solat hajat 7 malam jumaat. Mintalah daripada Allah supaya ditunjukkan jalan keluar yang terbaik. Dalam pada masa yang sama, kena jaga amalan fardhu (solat) dan memperbanyakkan amalan sunat (puasa, baca al-Quran, zikir, doa, sedekah dsb) supaya kita dapat dekat dengan Allah. Bila kita dekat dengan Allah, Insya Allah, kita akan mengutamakan ke hendak Allah berbanding kehendak kita sendiri. Yang selalunya menjadi masalah bagi kita dalam membuat keputusan adalah bila kita meletakkan perasaan kita di tempat pertama.. tanpa kita peduli sama ada ia menepati kehendak Allah atau tak.. Jika kita dah meletakkan kehendak Allah di tempat pertama, Insya Allah, kita tiada masalah nak membuat keputusan.
Apa pun, saya di sini doakan kamu tabah menghadapi ujian Allah. Ingat Poligami tu orang kata dapat payung emas tapi cabaran dan liku2 itu amat payah.. Mampukah kita seikhlasnya? Tepuk dada bukan tanya hati tapi tanya IMAN kita..
Posted by
Mr Cekelat
at
2:01 AM
....Wee...
ko orang tgk gambar nie..
seseorang dapat hadiah kan?
tapi malam ini lagi besar aku berikan hadiah buat si dia pujaan hati..
ahkkss...
Eheemmmm,
menikmati talian dari talian terusan selama
1 jam 38 min
wah wah wah...
Poyo je an aku ni? bhahahah.
Actually, memang betul pun aku dah laaaaama giler gaban tak rasa happy macam yang aku alami malam nim.. malam nim bintang bulan menjadi saksi talian kita saling berhubung !!! e'wah,
ko orang ingat bintang bulan tu ade masa ke nak intip semua hal ko orang...
Apa pun, tenks operator telefon, maaf ea perkara remeh temeh pun selalu di persoalkan.. tapi yang penting hari ini di taman hati ada tertanam lanskap bunga sakura!!!
God, aku tak bole nak teruskan bercerita mengenai di bualkan tu. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang amat indah bagi aku ~ Tak pernah aku rase macam tu sejak menjak nim
~ happy sangat! ~
aku bual pun sampai tak pandang kiri kanan. aku rasa macam aku & dia ada dalam dunia kitorang jek~ Pastinya, aku rasa teramat selesa dengan dia. Hilang serabut yang melanda otak karat aku nie.. lOL
Meskipun kita jauh..
Meskipun kita tidak selalu berhubung,
Namun hati kita akan tetap terus bersama,
Menikmati indahnya segala kenangan tercipta..
Kita,
Bisa bergelak ketawa,
Tanpa menangis dan menyapu airmata,
Namun segalanya itu telah ku ukir menjadi satu bingkai rasa,
Menyusun satu lagi kepingan memori kisah kita.
Lihat aku..
Yg selalu mendampingmu
Yg selalu mendampingmu
Mengisi jiwamu.
Menyapamu menghias hari2mu.
Menyapamu menghias hari2mu.
i L O V E u 4ever
~ berbunga sungguh hatiku~ hahaahahahahhahaha.
Thursday, September 13, 2012
Doa Cerita Cinta
Posted by Mr Cekelat at 9:48 AMBangunlah dengan senyuman bahagia
Bangunlah dengan kecupan sayang
Bangunlah dengan wajah ceria
Bangunlah dengan tawa riang
Selamat pagi My Chenta hati saya
Nota Hati : ~sayang awak selamanya, Moga bahagia milik kite, Insya Allah kekal.. amin~
Wednesday, September 12, 2012
LeLaki - iBaRat - kucINg - janTAN
Posted by Mr Cekelat at 10:45 PMMengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka ? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan... . Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)
haha.. sekadar gurauan, jangan marah haa... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)









