Showing posts with label LuV. Show all posts
Showing posts with label LuV. Show all posts

Monday, October 15, 2012

suka sama kamo

Aku menyukaimu sejak kemarin
Karena aku banyak bertanya tentang ini dan itu

Kerna aku banyak bertanya tentang hal-hal lain

Kerna aku banyak bertanya tentang dirimu

Aku menyukaimu sejak kemarin
Perasaan indah yang tak ingin kusampaikan, walau hanya terbawa angin
Perasaan yang tak mungkin kulupakan, walau itu sudah terjadi kemarin
Perasaan yang ingin selalu kurasakan, dan terus selalu kuingin
Aku menyukaimu sejak kemarin
Bermula dari khayalan, dan sekarang menjadi kenyataan
Aku menyukaimu sejak kemarin
Orang yang tak ingin kusebutkan
Perasaan yang tak ingin kunyatakan
Aku menyukaimu sejak kemarin
Berharap kau tahu
Bahwa aku
Menyukaimu
 
suka sama kamo..
 
paling comel ~

mencintai tak semestinya memiliki

Aku mencintai mu,
seadanya diri mu tiada yang lain
nama mu indah terpahat di dalam
hal ini...

Aku mencintai mu..
bersama kerinduan tiada bertepi
dari pagi yang indah hingga malam
yang nyaman tiada terhitung rindu ini

Aku mencintai mu,
dari segala kelebihan mu
dan dari segala kekurangan mu

Aku mencintai mu,
tiada yang dapat ku persembahkan
tiada kata berkias seindah rembulan malam
tiada kata berkias seindah terbitnya mentari..

Aku cintai mu,
tanpa mengharap diri mu
menjadi milik ku abadi..
kerana aku mencintai mu dengan,
hati yang paling iklas..hanya pada mu sayang!
kerana ku tahu,

Mencintai Itu Bukan Bererti Memiliki..

Sunday, October 14, 2012

seseorang

Rasa hati tu kekadang ada baiknya jgn diluah kiranya diluah akan membuatkan duka... sediri yang merana dan rasa itu simpan lah selagi mampu simpan sampai masa nanti andai benar dia jodoh mu allah pasti akan satukan jua nanti tetapi andai dia bukan jodoh mu maka dia bukan lah tercipta untuk mu...
kadang-kadang kita tak pernah sedar...kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita...dia intai kita dalam senyap...dia buka wall fb kita setiap hari untuk tengok post terbaru kita...dia tengok semua gambar dalam album kita...dia tengok semua tanpa meningal kan sebarang kesan dan jejak...dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca dan tanpa sebarang reaksi...dan dia selalu ada setiap kali kita ada masalah ,walaupun masalah kita dengan kekasih kita... dia siap bagi cadangan yang membina bagi jalan untuk menyelesaikan masalah kita...walaupun kadang-kadang hatinya terluka terhiris...dia ambik berat dan ambil tahu pasal kita...  
 
sampai suatu masa hari dia tidak ada bersama kita dia menyepi seketika dan kita merasa ketiadaanya kita sunyi tanpa dia kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya..itu adalah sebenarnya bernama cinta kadangkala sukar membezakan antara SAYANG dan CINTA ~antara KASIH dan SAHABAT~antara KEMAHUAN dan KEPERLUAAN...kerna kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...
 
 ini adalah relitinya kehidupan...

Tuesday, October 9, 2012

hati ini jiwa ini ingin kan diri mu

cakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! 


andai kau tahu..
apa isi hati ku ini ?
apa yang ku rasakan saat ini ?
jika kau merasa 
ku mohon BALAS rasa ini ...
ku mohon ungkap rasa yang ada di hati mu !!! 
andai kau tahu...
hanya dirimu lah yang ada dihati..
hanya nama mu lah yang terukir dijiwa...
hanya wajah mu lah yang ada didalam bayangan ku...
diri mu yang satu 
telah menebar  cinta dihati ku..
telah mebagi rasa indah dihati..
walau hanya aku yg merasakan ..
cinta itu timbul saat aku melihat mu...
dan tiba-tiba rasa itu timbul ..dihati ku..
kerna hanya DIRIMU DIHATI ...
 

Tuesday, September 18, 2012

sakit di jari nmpak luka sakit di hati xnampak lukanya

selamat tinggal awk maafkan sy .. sy terpaksa dan ingin memberi awk peluang agar awk boleh menerima si dia kembali ,mungkin sy ni hanya tempat singahan semata2 bagi awk tp tak apa lah sy faham tu.. dan ape2 pun sy kan selalu doakn kebahagian awk dan terima kasih kasih syg awk selama ni pada sy yg xmampu henda sy balas .. terima kasih jugak kerna selalu membuat cekelet buat sy... sy sygkan awk .. maafkan sy ...

Sunday, September 9, 2012

3 Konsep !!!

Putus cinta
Tu perkara biasa. Baru putus cinta dengan gelpren, sedangkan orang yang sah dengan lafaz pun boleh bercerai, ini kan pula yang baru bertunas dengan cinta labu labinya. 

Kerapkali lelaki dipersalahkan ! Kenapa lelaki ?
Di jawab oleh perempuan , katanya lelaki gatal ! Pantang tengok perempuan berdahi licin, cun, jelita, seksi  dan banyak lagi la alasannya.. terima kasih perempuan..anggap je peringatan tu wahai kaum lelaki..

Opocot...
Maknanya puncanya adalah perempuan la kan? Perempuan la bersalah kan? 

Haaa...
Lelaki, kalau tak digoda.. tak jalan.. Tapi kalau di goda tapi tak layan , tak jadi gak kan ?  ekekekee... Rugi lah kalau tak layan, benda free.. sapu je kasi bersih..

Bayangkan kalau hari2 digoda ! Berdesub jari jemari pegang tasbih pon silap2 letak dalam laci !! Syaitan tuu... dah membisik.. Iman nipis.. Walaupun berkopiah sekali pon  belum tentu kebal ! Kan tugas syaitan dan iblis tu menggoda cucu cicit Adam dan Hawa..

Tapi , jika perempuan sendiri yang sedar diri.. pakai elok2. tau mana batasannya, pergaulannya... tau aurat sore nya di level mana...  
rasa2 lelaki camana kalau segala perlakuan perempuan di jaga?
kompem2 semua perempuan akan tersenyum kerana laki2 mereka terselamat dari gangguan perempuan gedik tak cukup sifat !

Aku kat sini nak kata ada 3 konsep penjagaan perempuan tu, ko orang anggap lah perempuan ini macam ikan...

1- Konsep ikan di letak dalam tupperware.
Pergh...  inilah pilihan hati aku, terus terang aku suka sangat yang ini. Walaupun hidung si kucheng tu terbau haruman ikan tu, boleh ke dia nak bukak tudung tupperware tu ?  kompem2 lah tidak boleh kan? ekeke... Mampu tunjuk taring dan kuku je la jawabnya.. Selamat ikan tu kan ? Bila selamat ikan tu , maka kucheng tu makan je la apa yang tuan dia bagi tu .. 

Aku sebagai lelaki berbesar hati ingin mengucapkan "TANIAH" kepada perempuan yang tinggi martabat menjaga keperibadian... Menjaga keperibadian bukan mudah tapi bagi mereka yang terus menjaga keperibadian, kaum lelaki akan selut kepada mereka.. Insya Allah


2- Konsep ikan di letak dalam tudung saji.
Mereka ini boleh lah juga di buat calon terakhir jika tiada pilihan lagi, tapi bagi aku, lelaki yang memilih golongan ini perlu mempunyai ketabahan dan simpan sedikit bekal kecewa nanti sebab perempuan seperti ini kurang mantap pendirian, sekali di kuis, terangkat da tudung sajinya. sanggup kah engkau wahai lelaki? Masalah yang sedia ada pun tak terselesai, masalah baru kau terima.. LoL


3- Konsep ikan tidak ada penutup.
Sure paling teruk !!! Perempuan seperti ini hanya lah "STOK" mainan sahaja, sekadar melepaskan gumbira di level tahap gaban.. jumpa yang lebih elok, tinggalkan je.. sebab mereka sendiri pun tidak tahu nak menjaga maruah mereka ! Jika bersama kita, mampukah mereke menjaga kita..Fikir lah wei...



Kat sini aku sebagai lelaki sejati dan macho, hanya ingin berpesan kepada lelaki atau perempuan di luar sana, marilah kita sama2 perbetulkan kehidupan kita. Berbalik pada Al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.. InsyaAllah... Selamat semua .. 



Nasehat :
kalau nak macam mane sekali pun,
biar lah halal kan dulu baru lah rasa nikmat dr Allah

my daling bg time bday june lepas

err korang mestu pelik kan kenape kah aku br uplod hadiah bday aku hahahahaha 
sebab nyaa aku baru ada masa ni haa sbb nya jugak aku bosan sebenar nya haa wkakak ...
ni pemberian dr insan yg amat istimewa dalam hidup aku sekarang ni... beliau buat dengan air tangan beliau sendiri cantik tak cantik tak haaha... dia tau aku suka cekelat .. thanks baby bam bam bg cekelat bday tahun ni .. nak makan pun tak sampai hati sbb santek gilosss .. tapi dah abis dah tu pun tahan 2mingu sbb sayang nak makan siot jer kan hahaha .. awak lain kali buat lagi yer utk saya ... heheh

Monday, August 13, 2012

... Tika ...

Tika bicara aku beku...
Hadirkan ia dalam bentuk hangat....

Tika jiwa aku sayu...
Tuhan.. kurniakan secebis kasih...

Tika aku kecewa..
Titipkan aku sedikit kekuatan..

Tika aku menitiskan airmata..
Lupuskan kecelaruan hatiku..

Tika aku sepi..
Kirimkan aku seorang insan yang bisa membahagiakan diri ini..

Tika jasad kaku..
Semoga insan di hatiku ini akan doakan aku bahagia "disana"

Insya Allah..
Amin..


i love u more and most

Setiap Helaan NapasKu unTuk Kamu Seorang

Dalam tiap hela nafas yg kau hembus,
Dalam tiap detik nadi yg berdenyut,
Dalam tiap detak jantung yg berdegup,
Aku akan selalu menyayangimu sehingga segalanya terhenti,
Itu JanjiKu kepadamu My LOVE


Sunday, August 12, 2012

Penghargaan buat kekasih ku sayang

"Ya Allah, betapa Kau tahu bersyukurnya aku di atas nikmat islam ini, walaupun aku sedar dosa bertimbun, amalku seciput, iman senipis kulit bawang tapi aku sangat bersyukur hadirnya insan-insan beriman, sahabat-sahabat yang banyak mengtarbiah diriku seperti ini melalui kata-kata, perbuatan, luahan rasanya aku mengenal erti persahabatan dalam akidah islamiyah, bertapa aku ingin bersahabat dengannya hingga ke syurgamu, sucikan hati kernaMu, menjunjung amanahMU atas kalimah tauhid nan satu, Amin"

 love forever

Wednesday, August 8, 2012

Surat buat kamu buah hati ku

 
 
Sebelum ku akhiri surat ini
Aku ingin beri pujian untuk pengorbananmu
Tetapi…Aku tak pandai bersyair, tak seperti ahli dunia mengutip “ Beethouven “ atau “ Shaekespear “ untuk memuji kekasihnya.

Namun, aku hanya boleh berkata :

Aku mengagumi “ Matamu yang memerah “
Saat kamu menangis meminta hidayah.
Aku mencintai “ Pipimu yang merekah”
Saat kamu berkhidmat, menyiapkan secangkir teh disaat aku lelah.
Aku takjub dengan “ hidungmu” yang mengeluarkan isak
Saat kamu bertaubat atas masa lalu kita.
Aku mencintai belaian “ tanganmu" saat ku bayangkan kau mengusap anak kita yang berbuat kesalahan. Moga ia benar-benar menjadi realiti
Aku menikmati indahnya “ senyummu “
Saat kamu menghibur anak kita yang menangis
Agar mereka kembali tertawa.
Aku bersyukur…Allah SWT telah jodohkan aku dengan engkau.
Aku menyayangimu dengan setulus hatiku
Untuk itu aku tak akan sia–sia kan kamu
Menjagamu dari musibah dunia dan akhirat.

Kesayanganku …
Aku mencintaimu …
Aku akan selalu bersamamu
Aku tak mungkin tinggalkan kamu …
Sungguh aku sayangkanmu…
Hanya aku berharap kini
Mencium harum nafasmu di dalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan
Memelukmu tak akan lagi ku lepaskan…

Ya Allah…
Anugerahkan kami …
Rahmatilah kami…
Gembirakanlah kesayanganku walau dalam kesunyian
Dengan adanya asbab atau tanpa asbab disisinya…
Bersihkan hati kesayanganku dari kecintaan kepada dunia
Agar mudah melafazkan nama-Mu
Saat hari terakhir kehidupan dunianya
Perpisahan kami dalam memperjuangkan agama-Mu
Jadikan asbab berkumpulnya kami dalam keluarga yang sebenarnya di Jannah.
Jadikan kesedihan kami,
Kerinduan kami,
Asbab Engkau ampuni kesalahan kami…
Jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
Engkau redha kepada kami
Dan jadi asbab hidayah buat seluruh alam
Amin…Amin…Amin…
 
 

Ya, Allah aku sayang dia

'Aku tidak sebaik mana, aku tidak sempurna, namun ya Allah... beri aku lapang, beri aku tenang, beri aku sabar, beri aku senyum atas izin-Mu agar aku pasti boleh mencuba untuk jadi baik dan terbaik, untuk jadi sedikit sempurna bukan hanya untuk aku tetapi untuk dia yang aku sayang. Jangan Kau ringankan lidahku menutur bahasa hingga tumpah air mata insan yang ku sayang. Jangan Kau gelapkan hatiku hingga aku lupa akan nilai rasa insan yang aku sayang, sesungguhnya aku sayang dia dalam hati paling dalam dan aku inginkan dia menemani aku bagi meneruskan perjalanan ini.. Amin'