Sunday, September 16, 2012

Pendapat !!!

Persoalan utama di sini bukanlah semata2 pada status lelaki itu sebagai suami orang, sebaliknya penipuan atau sifat acuh tidak acuh lelaki itu menjaga sebuah perhubungan. Jenis banyak ALASAN !!! Inilah pokok persoalan yang perlu seseorang perempuan fikirkan secara mendalam sebelum membuat apa2 keputusan.

Tidak salah berkahwin dengan suami orang.. sebab memang agama mengharuskan perkahwinan poligami ini.. tetapi, cara macam mana ia dilaksanakan, itu yang perlu diperhalusi. Sama ada dengan cara yang betul, atau menggunakan cara tak betul dan penakut (kahwin kat Siam, berbohong dengan isteri dan bakal isteri dsb). Permulaan perhubungan itu sendiri, jika ia dimulakan dengan betul, Insya Allah, ia memudahkan perkahwinan itu menjadi betul sehingga ke akhirnya. Jika bermula dengan tak betul, kemungkinan untuk perkahwinan itu berakhir dalam keadaan tak betul (perceraian) juga sangat tinggi.

Orang kata perkahwinan ni macam membina masjid. Falsafahnya di sini, sebelum kita membina masjid atau memulakan apa2 juga urusan pembinaan (lukis pelan, pacak tiang dsb), kena tentukan dulu arah kiblat.. bila arah kiblat dah ditentukan, maka segala pekerjaan selepas itu akan berpandukan arah kiblat tersebut.. kalaulah kita main buat je masjid dulu dan tak tentukan arah kiblatnya, maka ada kemungkinan bila kita ukur balik arah kiblat, ia tak menepati ciri binaan.. mungkin minbar ada kat belakang, mungkin juga tempat imam solat akan mengadap ke pintu masuk dsb. Untuk membaiki perkara ini, akan memerlukan masa dan tenaga serta wang ringgit yang banyak.. kalau dapat dibetulkan pun, ia akan menjadi tak sesempurna jika dibina mengikut arah yg betul daripada awal. Jadi, untuk mengelakkan kos meningkat, lebih baik runtuhkan dulu dan bina balik masjid.

Begitulah juga hakikat perkahwinan.. jika tak ditentukan matlamat dan keperluannya daripada awal, maka ia akan jadi kucar-kacir bila dah mula menjejaki alam perkahwinan.

Berbalik kepada persoalan perjalanan isu ini, Sebagai lelaki, saya sendiri agak takut dengan lelaki jenis yang macam ni.. membuat ujikaji dalam perkahwinan.. dia ingat kahwin cerai ni macam ujikaji tikus dalam makmal ke? kalau tak jadi, boleh amik tikus lain untuk dibedah dan dibuang tikus yang tersalah bedah tadi? Terus-terang saya katakan, yang lelaki jenis ini memang tiada pendirian.. seorang wanita yang tak dicintainya, boleh memaksa beliau untuk mengahwininya.. bila dah berkahwin, beliau boleh pulak beralasan yang beliau tak cintakan wanita itu dan sekadar mencuba untuk menyintainya.. Agaknya lelaki tu banyak sangat baca novel dan tengok sinetron. Hape2 ntah.. Manalah otak waras di kurnakan Allah.

Saya tiada hak untuk menghukum sesiapa dalam situasi sebegini,. Tapi saya  berhak untuk memberikan amaran kepada perempuan2 di luar sana untuk memikirkan dengan lebih mendalam sekiranya berlaku hal sebegini, perempuan samada perempuan tersebut ingin meneruskan keinginan berkahwin dengan lelaki durjana itu.

Bila berada dalam alam percintaan ni, memang semuanya nampak indah.. penuh dengan harapan, sangka baik, kenikmatan yang dibayangkan dsb.. tapi hakikatnya ia tak semudah yang kita bayangkan. Even perkahwinan yang dimulakan dengan betul pun (dapat restu mak ayah, berkahwin dengan orang yg dicintai dsb) banyak menerima dugaan dan cabaran.. tak kurang yang gagal dalam ujian dan berakhir dengan perceraian.. apatah lagi jika perkahwinan itu dimulakan dengan cara yang tak berapa betul.

Jika kita membina rumah di atas air, maka setiap hari kita akan berhadapan dengan air juga. Jika kita membina perkahwinan atas air mata orang lain, kemungkinan untuk kita berendam air mata sepanjang perkahwinan juga adalah tinggi. ~ngee tolong fikirkan baik2 ea.~

Teruskan hasrat untuk meneruskan hubungan? wow!!! boleh lah juga... tetapi kena melalui cara yang betul.. iaitu dengan cara berani menghadapi kenyataan. Kena berani berterus-terang dengan keluarga  tentang status lelaki itu, dan kena berani juga menerima apa juga keputusan daripada keluarga. Yang penting perempuan yang menghadapi dilema seperti ini juga perlu berani untuk bersemuka dengan isterinya serta berbincang dari hati ke hati.. insyaAllah, dengan perbincangan, segala masalah akan dapat diselesaikan. Walaupun jawapannya selalunya tidak memberangsangkan.. OpPa!!!

Dalam keadaan sekarang, pihak perempuan cuma bergantung kepada cakap2 lelaki itu saja.. sedangkan beliau telah mempunyai rekod buruk berbohong akan statusnya... dan tak mustahil, pembohongannya akan berterusan walaupun selepas beliau berkahwin dengan  anda (mungkin juga dia akan jumpa wanita lain dan menggunakan alasan yg anda dan isteri pertamanya memaksanya berkahwin, sedangkan beliau tak cintakan pun anda dan isteri pertamanya.. dan begitulah seterusnya!!! sebab cinta lelaki ini selalu berubah ubah ikut monsun, mereka selalu lupa pengorbanan kaum hawa :'( sungguh tidak marbelos kan?). Dalam ketiadaan apa2 ikatan ini, lebih mudah bagi  anda untuk mengawal diri sendiri dan tidak membenarkan lelaki itu untuk berterusan menipu  anda Jadi, jika sang lelaki tersebut ikhlas, suruhlah lelaki itu bawa anda berjumpa dengan keluarganya dan isterinya. Jika beliau berdolak-dalih, anda sendiri pun dah boleh agak apa sebenarnya yang sedang berlaku. Tapi harus di ingat, jika anda sendiri mengambil hak orang lain hukum karma selalu ada bagi mereka yang tertindas walaupun kita yang lebih kenal lelaki tersebut..Ujian ni namanya..

Persoalannya sang lelaki itu nak bercerai atau tak, itu bukan masalah anda untuk meneruskan perjuangan cinta anda. Jika rasa sayang itu melebihi segalanya , anda tak perlu melibatkan diri dalam urusan rumahtangga lelaki itu. Kemungkinan untuk lelaki menggunakan alasan itu untuk menarik simpati tetap ada. Apa yang penting sekarang adalah menetapkan pendirian anda sendiri. Wahai kaum perempuan di sana, anda kena memikirkan sedalamnya sebelum membuat keputusan. Kalau beliau boleh meninggalkan isterinya untuk wanita lain, apakah tiada kemungkinan untuk beliau meninggalkan anda jua suatu hari nanti untuk wanita yang lain pula? hmmm

Pentingnya anda menetapkan pendirian pada masa ini kerana selepas berlakunya akad nikah, anda akan terpaksa menerima segala baik buruk akibat daripada keputusan yang anda ambil. Jika keputusan anda itu disokong oleh ahli keluarga (mendapat restu mereka), Insya Allah anda akan ada sokongan yang dapat membantu anda saat memerlukan. Namun, jika anda nak mengikut seperti nasik lemak buah bidara, buang emak buang saudara demi perasaan kasih sayang tersebut, ada kemungkinan anda akan berseorangan menghadapi segala susah payah dalam perkahwinan. Restu ibu bapa itu sangat penting kerana dengan sebab doa merekalah, perkahwinan anak2 akan menjadi bahagia. Insya Allah

Jadi, langkah pertama..  tenangkan hati dengan dekatkan diri kepada jalan Allah tanpa terburu2 mengikut kata hati. Sekarang ni memang la anda rasa macam tak mampu, sebabnya anda menanggung masalah itu sendirian. Bila berkongsi masalah, Insya Allah, akan rasa lega sket kepala otak walaupun belum tentu masalah tu dapat diselesaikan. Seeloknya anda mintalah pertolongan daripada Allah dengan melakukan solat istikharah, solat hajat 7 malam jumaat. Mintalah daripada Allah supaya ditunjukkan jalan keluar yang terbaik. Dalam pada masa yang sama, kena jaga amalan fardhu (solat) dan memperbanyakkan amalan sunat (puasa, baca al-Quran, zikir, doa, sedekah dsb) supaya kita dapat dekat dengan Allah. Bila kita dekat dengan Allah, Insya Allah, kita akan mengutamakan ke hendak Allah berbanding kehendak kita sendiri. Yang selalunya menjadi masalah bagi kita dalam membuat keputusan adalah bila kita meletakkan perasaan kita di tempat pertama.. tanpa kita peduli sama ada ia menepati kehendak Allah atau tak.. Jika kita dah meletakkan kehendak Allah di tempat pertama, Insya Allah, kita tiada masalah nak membuat keputusan.

Apa pun, saya di sini doakan kamu tabah menghadapi ujian Allah. Ingat Poligami tu orang kata dapat payung emas tapi cabaran dan liku2 itu amat payah.. Mampukah kita seikhlasnya? Tepuk dada bukan tanya hati tapi tanya IMAN kita..

0 comments:

Post a Comment