Sunday, August 26, 2012

Cop Mohor aku LabeLkan aku BENCI


Wei... aku sekadar meluahkan perasaan aku je.. aku mmg bukan yang terbaek.. heheee.. tapi ade je yang selalu mengaku dirinya bagus sangat!! agak2 lah wei...

Macam ini, aku nk ceritakan lah apa ciri2 yang aku tak kenan.. moga ko orang semua boleh paham cara dan pendiriaan aku.. Ko orang baca lah sendiri :P buweekk

1. Mulut “Power Amp”

Sebenarnya dari perspektif mata yang chantek aku nim, mereka yang mempunyai ciri2 kuat bercakap atau ‘talkative’ bukanlah jenis yang leceh, mengganggu, atau pun tidak. Itu bukanlah soalnya. Ada persepsi atau pendapat yang mengatakan dalam sehari, mereka menggunakan beribu lebih banyak perkataan. Apa yang ketara ialah ini bergantung kepada topik apa yang sedang diperkata atau dibincangkan. Kekadang aku pun bosan dengan apa yang kau cakap sebenarnya, aku malas nak cari port gado, aku dengarkan je.. tapi kau pahamkan je lah... langsung tak singgah pun kat kepala hotak aku ini.. huhhuhu

2. Berlagak Bagus

Dikatakan apa yang patut ‘berasa terancam’ dengan ada mereka yang lebih bagus?. Ada juga kebenarannya di sini yang menjadikan ia lebih menarik untuk kita perhatikan. Kunun dia sahaja yang terbaek, walhal terlupa nak lihat cermin untuk lihat perlakukan diri sendiri.. boleh bla lah mereka yang tergulung dalam gulungan ini... ceh ceh ceh.. buang je didalam tong sampah lagak ko tu!!! Bajet bagus sangat!!! dasar kampung berlagak pulak... :P

3. Pembenci
 
Mereka jenis ini berbeza berbanding orang lain di dalam kategori lain dari satu segi. Kebanyakan mereka seperti ini akan memberikan mereka kategori ini lebih peluang dan cuba untuk memenangi hatinya, hanya disebabkan tidak boleh melihat orang lain lebih... pergh.. susah jugak kan? Pastukan, mula lah create cerita, "saya suka satu cabaran!!!! saya suka berkongsi..." sebenarnya satu hiprokrit!!! pernah tak ko orang terfikir semua tu? hehehehee...

Disebabkan kekuatannya(kemarahan) mereka itu lah selalu buatkan mereka aku tinggalkan terkontang kanting!!! selamat tinggal semua...  Mereka seperti ini mempunyai sifat persaingan yang tidak sehat!!!! Sekelip mata je aku boleh dapat bepuluh-puluh orang seperti itu.. heheehe


LEMAS dengan sikap kamu sebenarnya... really2!!!

4. Suka Mendesak

Keliru aku.. kau ini suka mendesak atau TERDESAK wei?
Mereka jenis ini ialah mimpi ngeri hampir semua orang. Mereka jenis ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia seolah-olah terdesak. Apa yang menakutkan aku tentang mereka jenis ini ialah mereka selalunya tidak dapat mengenal pasti sikapnya sehinggalah berada bersama di dalam sebuah perhubungan.

Pada mulanya, mereka ini kelihatan amat berdikari dan yakin pada diri sendiri. Walau bagaimanapun, bila dia berada dalam sesuatu perhubungan dan berasa selamat, sifat ‘keinginannya yang mendesak’ mula dimanifestasikan. Masya Allah, begini rupanya kamu... baik aku pergi dulu!!! kamu itu menakutkan aku... tahu tak?

5. Materialistik

Mereka tergulung dalam gulungan ini amatlah bahaya dan perlu di hindari segera! kang tak pasal habis harta datuk nenek moyang aku kau pun kikis!!! SERAM aku... kalau di katakan langsuir itu menakutkan, kau lagi lah aku takut mengalahkan langsuir.. betapa kau perlu aku jauhi.. 

6. Pentingkan diri sendiri

Perhatikan mereka yang seperti ini, wajar kah hidup dalam kehidupan kita, ayoo geng, hidup perlu bertolak ansur lah.. kalau cengginilah sikap kau.. baik aku tolak kau awal2.. Namau lah kamu!!! bla lah.. apa tunggu lagi...

7. Gedik @#$^^&*

Wei... kekadang aku tak paham, kau nim gedik ke ataw kurang siuman? adakah patut masukkan gambar yang kurang sopan kasi tontanan orang ramai.. kau ingat ini www.tonton.com.my ke? kalau badan2 kau, kau kasi tengok satu dunia, laki kau nanti dapat serpihan je kah? manalah adap sopan kau ini sebagai anak orang Islam.. aku tengok pun malu.. dalam hati kata " Jijik!! " kalau kau sendiri pun tak mampu jaga maruah kau, baik kau lego je kat barang-barang buruk atau kitar semula!!! barang "SALE" pun ada harga... hmm.. 


Maka dengan secara rasminya aku LABELKAN aku benci semua perkara yang ada dalam diri kamu itu!!! sebab itu la kau lihat aku ada tapi bila aku ada aku lebih memilih "AKU DIAM"

Bila aku DIAM

ko tahu kenapa aku diam? sebabnya aku malas dah nak nasehatkan kau yang keras kepala mengalahkan batu itu!!! aku diam bukan aku setuju.. dalam hati aku kata, lantak kau la.. "kau bukan sapa2 pun bagi aku" :P

Erkk! Oke..peace, nanti2 aku menaip lagi!!! da da da ~ 

-Pengajaran yang amat bermakna, maka ingatkan diri sendiri jua-

0 comments:

Post a Comment