Tuesday, September 11, 2012

Minah KritikaL Twitter


Aku Rasa Ini ANTara CirI2 MiNah SepeRTi di TaJuk..

HoT HoT HoT kan?
Minah twitter ini selalu hidup dalam angan2. Kekadang itu, sampai terbawa2 dalam kehidupan realiti mereka. Kalau di tweet mereka ini kaki gado, tak mustahil keperibadiannya jua kaki gado.. Jika belum lagi ada ikatan, sudah pandai meminta2, bila sudah ada ikatan lagi lah kaki kikis… silap2 bukan pisau cukur, merekalah “Pemesin Reta” kita.. Bahaya !!!


Hebat bertweet seperti burung helang menunjukkan kuku nya , bila berhujah bukan main seperti pidato negara walhal bila jumpa realiti, malu2 kunun2.wkaakkaaa.. terdiam seribu bahasa ! mulut busuk kot !!! wakakakakaa…. Asyik tersipu2 lah minah sengal twitter ini... 
perghhh

Minah tweet juga kaki bodek dan penipu sebab banyak penipuan yang di selindungnya.. Selindungan itu untuk menutup aib diri sendiri.. tapi sampai bile wahai minah sengal?


Minah sengal twitter ini hanya chantek di avatar je, pergh.. chantek lah sangat !!!! tapi bile jumpa SERABAI !!!! al-maklumlah kat twitter boleh edit2 gambar sebelum upload.. kan sudah moden..ekekekeke…. kecewa aku dapat minah twitter…

                                                                                                          
Tak mustahil minah twitter ini kaki bising, kaki skodeng, kaki puak2 !!! sanggup kah anda tertipu dek lakonan mereka? Kan mereka pames.. mereka adalah pelakon utama terbaek di tweet.. tak percaya peratikan.

Minah tweet juga selalu mahu Nampak dirinya paling hebat di laman sosial.. mereka yang terbaek tiada yang lebih baek dari mereka… sifat menunjuk2 itu amat lah terserlah sekali…

Kununnya minah kritikal twitter ini adalah seorang yang memiliki sifat misteri, tapi perlu di ingatkan misteri di Twitter SAHAJA !!! Pames gitu…Sekali buat blind date, dia adalah minah kaki temberang yang anda pernah kenal… 
...wakakaka

Senget minah tweet ini selalu mahukan apdet di dinding twitter nyer, kepoh2 hal orang lain, sebuk2 hal sendiri secara tidak langsung buka aib sendiri… ahkkss.. ketahuan dong!!!

Kadang2 dalam masa yang sama, minah tweet ini mencuri peluang merahsiakan status dirinya seperti janda atau pun sudah berkahwin secara sah atau tidak halal !!!! kaki tipu punya orang la…

Minah Twitter ini sgt kreatif untuk bab2 hacker !!!!

Ada juga minah ini bermotif utama mencari penaja utama untuk mereka2 hidup mewah.. al-maklumlah, perbelanjaan melebihi pendapatan.. taste tinggi tu !!!!

Sekian dahulu pendapat saya

Jenis2 Kuih Seh


kuih mat rempit
"semperit"

kuih orang tak mandi
"bau lu"

kuih suka pukul orang
"kuih lompang"

kuih paling kotor
"kuih tahi itik...."

kuih paling mahal
"kuih jaLa emas"

kuih paling bahaya
"lompat tikam..."

kuih penyakit lelaki kronik
"batang buruk....."

hehe

Monday, September 10, 2012

Surat blur2

Hmm, benda ni aku dapat suatu ketika dulu. Dari sapa2 aku pun dah lupa. But seriously, bila aku baca benda ni masa mula2 aku, aku ketawa sampai sakit perut. Ntah sapa the original writer, aku sendiri tak tahu. As u know, forwarding email...susah nak trace. Apapun, just enjoy the story... :)

satu lagi lawak antarabangsa ... khusus bagi pasangan bercinta .... mana tau pasangan / isteri /suami anda merajuk hati ... apakata anta surat sebegini !! pasti pasangan anda akan mencubit-cubit manja dengan sebab tak tahan nak ketawa (romantis gituuu !!!)


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

::: SumBEr :::

Gua Rocker Pun Ada Surat Cinta !!! Lu Ada ?

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?
Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.


Gua memang betul-betul tak puas hati ni!
Lu memang bikin gua panas!
Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu.
Lu ingat gua ni apa?!! 

 
Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!!
Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo!
Janganlah buat gua macam ni!
Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah!
Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica,
lu buat camni pulak kat gua.
Gua tau sapa gua.
Gua memang macamni, rocker sejati!
Lu pun tau sapa gua.
Dulu lu takdepun macam ni.
Lu tak kisahpun!
Lu layan selamba je.
Tapi kenapa sekarang lu berubah?
Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb!
Sembahyang jumaat tak tinggal wo! 

 
Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua,
kenang gua dalam doa makan malammu.
Semoga lu berbahagia, beb!.. chow..! 

 
Yang Benar,
Rocker_sejati@dotcom


::: SuMBer :::

Sunday, September 9, 2012

utk dia hey utk dia heyyyyy

hadiah ni utk diaaaaaaaaaa 
hope selamat sampai nanti besok sy post kan ahaks ...
awk maaf yer sbb hadiah dari saya paling lambat sbb sy tak ada masa nak post...
saya harap awk tak kisah ...awk biarpun lambat yg pasti dia sampai jugak kan kan 
macam kite jugak walaupun kite dah hampir 2thun kenal awk tak pernah putus asa dengan perangai sy yg ntah pa pe ntah tu ... tq awak sbb awk selalu bersabar dengan kerenah sy dan tq jugak sbb awk tak pernah putus asa dgn sy dan tq jugak sbb selalu mengambil berat tentang kesihataan sy . tq jugak kerna selalu mengingatkan sy tentang solat jumaat..
awk .bagi sy awk lah seorang yg sangat sempurna yg pernah sy jumpa hehe <<<--- ayatt tu jgn caya
awk tq jugak sbb selalu wish morning dkat sy ... awk bila sy pakai jeket tu sy selalu ingat awk .. jeket sy tu pernah ada pada awk dan pernah awk pakai bau awk masih lekat sy rinduu sgt2 bau awk tu :'( awk bila sy rindu awk sy selalu dgr lagu kegemaran kita.. awk, awk ingat tak mula2 kite kenal awk poke sy dkat fb sy pun balas poke tu hehe bila ingat2 kembali fuhh sweet sgt walaupun byk dah rintangan yg awk terpaksa lalui walaupun byk air mata awk mengalir kerna sy awk tetap bersabar sobs ...awk sy ni jahat kan selalu buat awk nangis huhu... ape2 pun sy gembira kerna awk selalu disamping sy.. kekal kan diri awk yg sentiasa rendah diri tu dan tak menunjuk2 .. akhir sekali ... 
awkk ,awkk syg sy tak? .. 
hehehe nakal kan hahaha muahhh ... utk dia hey  

3 Konsep !!!

Putus cinta
Tu perkara biasa. Baru putus cinta dengan gelpren, sedangkan orang yang sah dengan lafaz pun boleh bercerai, ini kan pula yang baru bertunas dengan cinta labu labinya. 

Kerapkali lelaki dipersalahkan ! Kenapa lelaki ?
Di jawab oleh perempuan , katanya lelaki gatal ! Pantang tengok perempuan berdahi licin, cun, jelita, seksi  dan banyak lagi la alasannya.. terima kasih perempuan..anggap je peringatan tu wahai kaum lelaki..

Opocot...
Maknanya puncanya adalah perempuan la kan? Perempuan la bersalah kan? 

Haaa...
Lelaki, kalau tak digoda.. tak jalan.. Tapi kalau di goda tapi tak layan , tak jadi gak kan ?  ekekekee... Rugi lah kalau tak layan, benda free.. sapu je kasi bersih..

Bayangkan kalau hari2 digoda ! Berdesub jari jemari pegang tasbih pon silap2 letak dalam laci !! Syaitan tuu... dah membisik.. Iman nipis.. Walaupun berkopiah sekali pon  belum tentu kebal ! Kan tugas syaitan dan iblis tu menggoda cucu cicit Adam dan Hawa..

Tapi , jika perempuan sendiri yang sedar diri.. pakai elok2. tau mana batasannya, pergaulannya... tau aurat sore nya di level mana...  
rasa2 lelaki camana kalau segala perlakuan perempuan di jaga?
kompem2 semua perempuan akan tersenyum kerana laki2 mereka terselamat dari gangguan perempuan gedik tak cukup sifat !

Aku kat sini nak kata ada 3 konsep penjagaan perempuan tu, ko orang anggap lah perempuan ini macam ikan...

1- Konsep ikan di letak dalam tupperware.
Pergh...  inilah pilihan hati aku, terus terang aku suka sangat yang ini. Walaupun hidung si kucheng tu terbau haruman ikan tu, boleh ke dia nak bukak tudung tupperware tu ?  kompem2 lah tidak boleh kan? ekeke... Mampu tunjuk taring dan kuku je la jawabnya.. Selamat ikan tu kan ? Bila selamat ikan tu , maka kucheng tu makan je la apa yang tuan dia bagi tu .. 

Aku sebagai lelaki berbesar hati ingin mengucapkan "TANIAH" kepada perempuan yang tinggi martabat menjaga keperibadian... Menjaga keperibadian bukan mudah tapi bagi mereka yang terus menjaga keperibadian, kaum lelaki akan selut kepada mereka.. Insya Allah


2- Konsep ikan di letak dalam tudung saji.
Mereka ini boleh lah juga di buat calon terakhir jika tiada pilihan lagi, tapi bagi aku, lelaki yang memilih golongan ini perlu mempunyai ketabahan dan simpan sedikit bekal kecewa nanti sebab perempuan seperti ini kurang mantap pendirian, sekali di kuis, terangkat da tudung sajinya. sanggup kah engkau wahai lelaki? Masalah yang sedia ada pun tak terselesai, masalah baru kau terima.. LoL


3- Konsep ikan tidak ada penutup.
Sure paling teruk !!! Perempuan seperti ini hanya lah "STOK" mainan sahaja, sekadar melepaskan gumbira di level tahap gaban.. jumpa yang lebih elok, tinggalkan je.. sebab mereka sendiri pun tidak tahu nak menjaga maruah mereka ! Jika bersama kita, mampukah mereke menjaga kita..Fikir lah wei...



Kat sini aku sebagai lelaki sejati dan macho, hanya ingin berpesan kepada lelaki atau perempuan di luar sana, marilah kita sama2 perbetulkan kehidupan kita. Berbalik pada Al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.. InsyaAllah... Selamat semua .. 



Nasehat :
kalau nak macam mane sekali pun,
biar lah halal kan dulu baru lah rasa nikmat dr Allah

time gawai

ahaa ni kalau korang nak tau ni lah baju orang iban bila perayaan gawai haha.. teruja giler aku nak pakai akhir nya dapat jugak pakai ni haa korang ada?? xda kan so dok diam je lah ...time gawai lah best dapat jumpa kazen2 makcik2 yg dtg dr jauh2 semua kelurga berkumpul .. mcm kita raya jugak bermaaf2 fan pastu beraya pergi rumah ke rumah yg paling best tuak peh kalau time gawai memang ada tuak ni kalau tak ada bukan gawai nama nya haa.. bg yg tak pernah rasa tuak tu meh lah sambut gawai dgn aiman tahun depan insyallah balik gawai lagi kot .. hehehe