Sunday, September 9, 2012

3 Konsep !!!

Putus cinta
Tu perkara biasa. Baru putus cinta dengan gelpren, sedangkan orang yang sah dengan lafaz pun boleh bercerai, ini kan pula yang baru bertunas dengan cinta labu labinya. 

Kerapkali lelaki dipersalahkan ! Kenapa lelaki ?
Di jawab oleh perempuan , katanya lelaki gatal ! Pantang tengok perempuan berdahi licin, cun, jelita, seksi  dan banyak lagi la alasannya.. terima kasih perempuan..anggap je peringatan tu wahai kaum lelaki..

Opocot...
Maknanya puncanya adalah perempuan la kan? Perempuan la bersalah kan? 

Haaa...
Lelaki, kalau tak digoda.. tak jalan.. Tapi kalau di goda tapi tak layan , tak jadi gak kan ?  ekekekee... Rugi lah kalau tak layan, benda free.. sapu je kasi bersih..

Bayangkan kalau hari2 digoda ! Berdesub jari jemari pegang tasbih pon silap2 letak dalam laci !! Syaitan tuu... dah membisik.. Iman nipis.. Walaupun berkopiah sekali pon  belum tentu kebal ! Kan tugas syaitan dan iblis tu menggoda cucu cicit Adam dan Hawa..

Tapi , jika perempuan sendiri yang sedar diri.. pakai elok2. tau mana batasannya, pergaulannya... tau aurat sore nya di level mana...  
rasa2 lelaki camana kalau segala perlakuan perempuan di jaga?
kompem2 semua perempuan akan tersenyum kerana laki2 mereka terselamat dari gangguan perempuan gedik tak cukup sifat !

Aku kat sini nak kata ada 3 konsep penjagaan perempuan tu, ko orang anggap lah perempuan ini macam ikan...

1- Konsep ikan di letak dalam tupperware.
Pergh...  inilah pilihan hati aku, terus terang aku suka sangat yang ini. Walaupun hidung si kucheng tu terbau haruman ikan tu, boleh ke dia nak bukak tudung tupperware tu ?  kompem2 lah tidak boleh kan? ekeke... Mampu tunjuk taring dan kuku je la jawabnya.. Selamat ikan tu kan ? Bila selamat ikan tu , maka kucheng tu makan je la apa yang tuan dia bagi tu .. 

Aku sebagai lelaki berbesar hati ingin mengucapkan "TANIAH" kepada perempuan yang tinggi martabat menjaga keperibadian... Menjaga keperibadian bukan mudah tapi bagi mereka yang terus menjaga keperibadian, kaum lelaki akan selut kepada mereka.. Insya Allah


2- Konsep ikan di letak dalam tudung saji.
Mereka ini boleh lah juga di buat calon terakhir jika tiada pilihan lagi, tapi bagi aku, lelaki yang memilih golongan ini perlu mempunyai ketabahan dan simpan sedikit bekal kecewa nanti sebab perempuan seperti ini kurang mantap pendirian, sekali di kuis, terangkat da tudung sajinya. sanggup kah engkau wahai lelaki? Masalah yang sedia ada pun tak terselesai, masalah baru kau terima.. LoL


3- Konsep ikan tidak ada penutup.
Sure paling teruk !!! Perempuan seperti ini hanya lah "STOK" mainan sahaja, sekadar melepaskan gumbira di level tahap gaban.. jumpa yang lebih elok, tinggalkan je.. sebab mereka sendiri pun tidak tahu nak menjaga maruah mereka ! Jika bersama kita, mampukah mereke menjaga kita..Fikir lah wei...



Kat sini aku sebagai lelaki sejati dan macho, hanya ingin berpesan kepada lelaki atau perempuan di luar sana, marilah kita sama2 perbetulkan kehidupan kita. Berbalik pada Al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.. InsyaAllah... Selamat semua .. 



Nasehat :
kalau nak macam mane sekali pun,
biar lah halal kan dulu baru lah rasa nikmat dr Allah

time gawai

ahaa ni kalau korang nak tau ni lah baju orang iban bila perayaan gawai haha.. teruja giler aku nak pakai akhir nya dapat jugak pakai ni haa korang ada?? xda kan so dok diam je lah ...time gawai lah best dapat jumpa kazen2 makcik2 yg dtg dr jauh2 semua kelurga berkumpul .. mcm kita raya jugak bermaaf2 fan pastu beraya pergi rumah ke rumah yg paling best tuak peh kalau time gawai memang ada tuak ni kalau tak ada bukan gawai nama nya haa.. bg yg tak pernah rasa tuak tu meh lah sambut gawai dgn aiman tahun depan insyallah balik gawai lagi kot .. hehehe 

bila lapa ni aku makan haa

bila lapa benda ni jer aku reti masak haaha sedap tak korang tgok hehee pandai tak aku masak ..ala buat ni tak susah pun kan ada sos dia dalam tin haa kan kan ini lah pasta buatan tangan ku hahaha 


korang ada ? hahahah

my daling bg time bday june lepas

err korang mestu pelik kan kenape kah aku br uplod hadiah bday aku hahahahaha 
sebab nyaa aku baru ada masa ni haa sbb nya jugak aku bosan sebenar nya haa wkakak ...
ni pemberian dr insan yg amat istimewa dalam hidup aku sekarang ni... beliau buat dengan air tangan beliau sendiri cantik tak cantik tak haaha... dia tau aku suka cekelat .. thanks baby bam bam bg cekelat bday tahun ni .. nak makan pun tak sampai hati sbb santek gilosss .. tapi dah abis dah tu pun tahan 2mingu sbb sayang nak makan siot jer kan hahaha .. awak lain kali buat lagi yer utk saya ... heheh

cakap siang pandang2 cakap malam bisik2

aku cukup tak paham dan tak boleh terima spesis2 kaki mengumpat belakang neh...yang lagi teruk lagi orang yg mengumpat kite hanya pura2 baik didepan kita dan di belakang kite pulak dia mengutuk mengumpat kite kaw2 punya ..haiyak mcm ini punya olang pun ada lg ... tak sangka pulak selama ni aku buat baik dengan org dan tak kacau hidup sapa2,tapi masih jugak orang yang tak puas hati dgn aku ...sampaikan sanggup mengumpat aku dekat orang lain...
 
yang jadi mangsa nya bukan aku tapi kawan aku jugak ish3...yang lagi teruk nya pulak orang ni belajar tinggi2 tapi pikiran ntah pa pe ntah...mungkin dia org lupa kot yg dunia ni bukan spesis2 kaki mengumpat macam diaorang jer yg ada haa..tapi ada jugak yang spesis2 yg suka menyampaikan cerita tanpa tahu pangkal jalan cerita suka suki laki tiri mak jiran sebelah bapak dia jer nak ngumpat kan ish2... actually bila aku tahu ada orang ngata aku kat belakang ..aku takada nak marah sangat sebenar..tapi aku lebih kepada sedih siot...
 
sebab nya aku tak pernah kutuk dia orang  kat sape walaupun aku tahu perangai dia orang cam mana...walaupun tak puas hati dengan dia orang pun aku diam2 aku senyap2 jer haaa... memang aku dah sedia maklum perangai sorang dua ni haa...yang memang kaki kutuk belakang...
 
kadang2 depan aku dia orang kutuk orang lain ,sebab aku malas jadi macam dia orang tu so aku diam jer kadang2 ...kalau lah aku ni punya niat jahat aku sampai kan jer ape yg dikutuk dan ape yg di umpat kan tu haa biar gado sonok tgok bila org gado2 ni .. tapi aku bukan jenis mcm tu .. bagi aku biar lah dia sedar sediri baik burukk perangai dia tu kan kan kan...
 
manusia macam ni entah ape yg dia fikirkan ...belajar tinggii2 tapi permikiran ish3 ...sedikit pun xmengambarkan umo dan taraf pendidikan mereka ish3 ...bila dah tahu ape yg dia orang buat tu,aku rasa macam manyampah gilersss arrr ...nak mengadap muka sorang2 ...kalau dulu mesraaa jer aku layan dia org tapi sekarang haish sakit hati giler sampai kan salah sorang nyer aku remove dah dr fb haa haaha jahat x jahat x...
 
 tapi aku selalu ingatkan diri aku agar tak jadi macam dia org tu macam dia hey macam dia heyyy...umie selalu pesan...biar orang buat jahat dekat kite asal kita tak buat jahat kat orang, Allah tu maha kaya dan maha mengetahui..lagi pun kite ni bukan hidup utk dia orang kan kan so lantak kau lah labuuuuuuu ... 
 
morol of story 
jangan lah sibuk2 ngata org atau mengumpat dan sama waktu dgn nye lah bumi ni bulat ia nya akan berputar gak pada anda pada anda anda haaa ,., 
ingat itu tiap2 yg baik datang dar allah dan yg buruk tu dr sy ..dan ape yg saya taip disini hanya lah suka2 hahahahaha so taip lah selagi ingin menaip... peacee  

Perempuan yang mempunyai Cetek Mentaliti

~wee, kenyataan realiti yang di fikirkan oleh otak aku nih~

Aku selalu respect orang yang ada otak di kepala bukan di kepala lutut!!! perghh.. selalu nyer orang belajar tinggi2 ini pandai dalam ilmiah tapi cetek pemikiran duniawi.. weeee...

Kali ini aku nak post entry pasal "Perempuan yang mempunyai Cetek Mentaliti" ahkkks... tapi ada jua perempuan yang berpotensi mempunyai otak super power!!!! hebat kejadian perempuan ini oleh Allah... tapi peratus nya amatlah kritikal berbanding dengan perempuan yang cetek Mentaliti...

Aku kategorikan perempuan yang mempunyai cetek Mentaliti ini adalah seperti berikut :-

* Hal orang lain semua diambil tahunya, diselidikinya, tapi tak pernah cuba nak munasabah diri sendiri. Lebih menyedihkan, dalam semua hal, cuma menyalahkan orang sekeliling tapi tak pernah menyalahkan diri sendiri. wei perempuan, buruknya perangai engkau!!!!

*Perempuan yang sering ucapkan sayang sana sini... puihhhh apalah kau perempuan.. murahnya harga diri kau!!!

* Mengumpat adalah hobinya.. tak sah kalau tidak mengata, ada sahaja ideanya bagi menjatuhkan orang lain... Subahanallah.. mohon di jauhkan perempuan sebegini dari aku Ya Allah....

* Perempuan yang mempunyai taste tinggi tapi kurang berkemampuan... wei perempuan, belanja ikot kemampuan...janganlah mintak sana, mintak sini... Awat lah buruk sangat perangai kau.. sama seperti pengemis aku lihat.. Masya Allah

 * Berpakaian menutup aurat mengikut syariat Islam dikatakan kolot dan ketinggalan zaman, tapi pakaian yang mendedahkan aurat dikatakan mengikut arus pemodenan, baik bogel dan telanjang je terus, dah alang-alang nak dedahkan, dah alang-alang nak tunjuk, tapi malu pulak nak berbogel, padahal sama je konsepnya ye tak? perghhhh perempuan zaman sekarang ini, macama2 ada.. lihat sahaja di pesbok... dedah sana, dedah sini... taubat lah wahai perempuan!!!!

* Sanggup menghabiskan duit gaji untuk perkara-perkara yang tak penting, tapi tak sanggup nak lebihkan bayar hutang PTPN atau cuba bersedekah. Sanggup lagi buat koleksi hutang, tapi liat dalam nak membayarnya, kemudian kelam kabut apabila dah kena perintah mahkamah. Perabeskan duit untuk beli kemahuan seperti minyak wangi, pakaian mahal walhal tiada duit peruntukkan, lepas itu menyusahkan mak bapak... wei perempuan, sedar tak bila mahu mak bapak itu senang asyik2 kau je yang mengikis!!!! Memang mak kau diam sebab kau anak dia, tapi sebagai anak kau fikirlah.. kata kau siswazah terbilang terulung!!!!

* Tak pernah rasa bersalah apabila sentiasa menyibukkan diri dengan hal duniawi, sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Bila ditanya tak takut mati ke, jawabnya takut, tapi tak ada sebarang usaha yang menunjukkan rasa takut pada mati... Tapi selalu berusaha untuk menghancurkan hubungan orang lain.. apa jenis perempuan lah kau ini!!!

* Bercampur lelaki dan perempuan kononnya tidak membuat perkara yang tidak senonoh tidak mengapa walaupun boleh mendatangkan fitnah di mata orang lain...sama jer subahat itu lah wei wahai perempuan... Buruknya tatasulisa kau sebagai perempuan!!!!

Begitulah aku rasa perempuan yang rendah Mentalitinya.... perghh... baik kau ubah cara kehidupan kau sebelum Allah tarik balik nikmatNya...

Aku berharap aku tidak berkahwin perempuan tergolong dalam golongan Perempuan Syadaqah iaitu banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja, perempuan yang kaki hebahan, perempuan kaki kikis harta datuk moyang aku... Aku menyesal kenal kau wahai perempuan.. malukan kaum kau sendiri je.. 

Aku mahukan WANITA seperti ibu aku, lembut dengan kasih sayang, mendamaikan jiwa, selalu tersenyum, melengkapi rumah tangga, bersama berjalan menuju ke jalan Allah..Amin 

 

Thursday, September 6, 2012

Si Talam Mahukan Kaki Hamba ♥ buweekkk



Argh ini memang aku tak suka! 
Manusia yang bermuka muka!!
Depan kita bukan main baik, mengalahkan malaikat, 
belakang kita setan iblis pun bleh salute kat dia ha ha! perghh caya atau tidak... mcm nie lah gayanya orang zaman sekarang... Nak kata hipokrit ea juga.. tapi aku rasa paling sesuai kasi nama kat mereka 
"Si Talam Mahukan Kaki Hamba".. ♥

Ieee!!! Tak selera nak kupas bende ni! Macam selongkar tong sampah! Busuk!! Tapi saja ja nak kupas2 kan di sini kasi peringatan pada diri sendiri agar tidak jumpa lagi orang busuk seperti bangkai ini... buweekkkkkkk 

Selalunye Si Talam ini hobinya bermuka muka, lagi2 di muka buku... perghhhhh.. ala, bukan korang tak tahu kan... muka buku tempat nak mengedik dan meluahkan perasaan yang menagih simpati dan ketika itulah Si Talam ini memainkan episod sedihnya.. meraih simpati orang!!!!! kalau di pasar raya orang kata 
"Happy Hour" atau "Mega Sale" atau "Penghabisan Stok".

Dulu sewaktu berkawan rapat mulalah meluahkan perasaan sedih2... minta simpati kunun... menceritakan kisah sedih walhal dia tak sedar secara tak langsung dia pun sama kerna memburukkan orang yang di cerita... Ini jenis talam apa ea? ko orang yang usyar tue ada komen tak?

Dulu sewaktu bercinta bukan main hebat lagi berkata tue, berkata ini, di sebabkan tidak ada jodoh, lagi hebat!!! Hebat mengata itu, mengata ini.. kununnya dia sahaja yang perfect.. padahal dia tak cermin perangai dia sendiri... ToPeNg sungguh manusia ini!!! Dah boleh kenal macam mana makhluk bermuka muka nie...
   
Zaman sekarang nie peribahasa ni patut ditukar kepada "talam bermuka muka di muka buku" tak pon "talam tak de muka" ! Talam minta kaki pun best juga kan? ngeee ~ Post entry aku hari nie tak de kena mengena dengan mereka yang tengah koma, tengah tidur mahu pun yang tengah dok usyar post nie. hehe... Senang cerita, takde kena mengena dengan sape-sape pon la. Kalau ada yang terasa tue sebab depa buat tue, alhamdulillah.. sebab boleh cermin diri sendiri lepas baca entry aku nie... almaklumlah, masa baik kununnya macam malaikat walhal belakang aku kutuk perabeskan pahala amal... huhhuhu.. op0cot!!! bukan la.. tue jalan besar menuju ke "NERAKA" taw.. . Tetiba terasa menarik pula nak teruskan cerita nie...




 Nie namanya "Si Talam Mahukan Kaki Hamba"


Dekat dunia nie, of course la banyak sangat manusia2 yang berperangai macam nie. Tak terkira bilangannya. Orang macam nie la yang tak best nak dijadikan kawan atau teman baik atau singkatannya BFF apatah lagi gelpren ! Depan kita, pijak semut pon tak mati tapi dekat belakang kutuk tak ingat dunia tue bakal kiamat nanti, member baik atau pun boypren sendiri pon nak kutuk-kutuk... wee, kalau jadikan isteri sure suaminya di kutuk-kutuk abes!!! 


Ciri-ciri mereka yang talam dua muka ni , first sekali la , suka bisik-bisik depan orang.. Dia akan pandang orang yang dia nak kutuk tu lepas tu bisik-bisik dekat telingga member or sape2 lahh yang duduk confirm dekat sebelah dia... tue versi manual la.. versi sekarang nie kutuk kutuk menggunakan statelit canggih... contohnya, pesbok, tweet, BBM, yM, skype, frienster, blog, MiRC, pages, SMS, Email dan hape2 entah lah laman sosial yang lain.. perghh hebat kan Si Talam ini... biasalah nama pun Si Talam mestilah pasang iklan dan cari gosip hal orang lain di mana2 pelusuk yang mereka boleh masuk... naseb lubang cacing tue tak boleh masuk, kalau tak, tue pon Si Talam nie bedal...

Habit Si Talam nie macam tak boleh aje nak cakap depan-depan. Tue pasal tak berani la tue. Maybe sebab takut kena flying kick dari orang yang dikutuk. Tak pon takut dapat free penampar ! HAHAHAHA. Siyes cakap, SUMPAH aku benci orang macam nie. Nak kutuk, meh la depan2. Ada berani? 

Ciri-ciri yang seterusnya pulak aku tak tau sebab entah la, kadang-kadang susah nak detect orang macam ni. Dia orang nie memang spesis yang menyakitkan hati. heee ~ Maybe orang yang talam dua muka ni suka makan kuih talam kot ....muahhaha.... tu pasal lah didikan pon macam talam tak siap... bantuan perkhidmatan geng2 talam sedunia di perlukan maka wujudlah team "Si Talam Mahukan Kaki Hamba"  opshhh, ada yang terasa buat kali sejuta empat puluh enam kali ke? ooowhhh, Maybe terasa sebab diri tue memang talam dua muka !
P.E.A.C.E yawww ! ^w^ 
ahhkkks baby Si Talam !!! puiihhhh... (dengan nada jijik)

 P/s : kepada yang sedang usyar2 blog nie, Jangan jadiKAN diri anda Si Talam untuk peserta ke 344488990 ea..., tue namanya menempah bilik kelas pertama di NERAKA lengkap dengan pakej2nya.... full pakej beb... peringatan buat diri sendiri jua..