Friday, August 17, 2012

Salam Lebaran 2012

                                                             SALAM LEBARAN AIDILFITRI
Yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya.. Jangan lupa bawak duit toll ataupun t&G.. Bukan industri tau.. Touch n Go!!!
  
Yang dah kawin.. Baik baik lah kat suami..  Mohon maaf then layan lar dia sikit sempena raya raya ni..
Mungkin dah ramai daripada u orang dah kosongkan wallet dia, atleast jangan kosongkan hatinye lah....
Yang jumpa kawan-kawan lama, jangan la ingat rusuhan rusuhan lamee..
Walaupun dulu ketika dia pernah curi gula-gula dr you ke..
Maafkan dan lupakan ajee lah..

Yang berfamily, enjoyla dengan kekeluarga masing masing walau langsir merah ke, putih ke, coklat ke...
apa-apa lah.. asalkan kau orang bahagia!!
Yang single single ni, ahem ahem tau lar kan siapa tu kat geng kita ni...
Mudah mudahan jangan cerewet sangat memilih..
Tahan je bas yang lalu tu.. tak dapat bas express.. bas sekolah pun jadi lah..
Yang lagi satu tu.. kalau ade owang propose..
accept je lah.. nak postpone sampai mane...
paham paham je lah..
                             
   
                               ** Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
                                
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan**
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
.
Selamat MenYambut Lebaran
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...
Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya
     DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS   maaf zahir & batin
 
  

IKLAS DARI
~Keluarga Sakinah Cekelat~
wink wink

Wednesday, August 15, 2012

Alasan Sebab Kenapa Wanita Dedahkan Aurat Mereka



Kadang-kadang kita pelik kenapa wanita Islam tidak memakai tudung.

Kadang-kadang kita pelik kenapa wanita Islam pakai tudung macam FESYEN.

Kadang-kadang kita pelik kenapa wanita Islam dulu kerja tempat lama dia pakai tudung, kerja tempat baru tidak pakai tudung. Ikut keadaan pekerjaan ke?

Kadang-kadang kita pelik kenapa wanita Islam dedahkan aurat kononnya cantik walhal perasan cantik!!!


Ini merupakan 4 alasan utama mereka dan jawapan kepada alasan mereka.

Alasan 1. 
Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Alasan 2. 
Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini” “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan: Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)

Alasan 3. 
Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan: Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Alasan 4. 
Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang” “Insya allah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan: Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.


wee ~ taubat wei !!!

Tuesday, August 14, 2012

M - A -R - U - A - H

M - A -R - U - A - H merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang lain. Saya ulang lagi kata-kata ini dengan nada TEGAS!!! "Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang lain".  

Menjaga M - A -R - U - A - H bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang. Sejujurnya dari hati yang paling dalam saya tidak akan memaafkan kepada sesiapa yang melemparkan tuduhan dan penghinaa atau cacian terhadap saya antara sengaja mahupun tidak sengaja... tertakluk kepada terma dan syarat...
 
Ini adalah erti Maruah yang dapat diungkapkan  melalui ejaan  
M - A -R - U - A - H : 

M :- Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang menutup muka apabila malu. Hanya mereka yang tidak malu sahaja yang tiada       M - A -R - U - A - H .

A :- Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya. Shuweet Kan?  Tiada perlu ucapan tapi pasti akan di cari oleh seseorang... Seperti saya akan mencari auranya sehingga mengapainya tidak akan dilepas! wee~~

R :- Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai di pijak orang. Jika anda jua seorang yang suka menjatuhkan reputasi diri anda, apatah lagi orang lain...

U :- Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri.Sebagai contoh, patutkah anda menjadikan pemaisuri anda atau ibu kepada anak-anak anda apabila isteri anda suka bercakap dengan bahasa kesat? pasti orang berkata, ibunya pun cakap sebegitu apatah lagi anaknya.. entah-entah lebih teruk!! oh tidak... Maka jagalah setiap tutur bicara ungkapan kita. Insya Allah

A :- Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H :- Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda sepertimana anda menjualnya di "mega sale"!!! hahaha

Daripada Abu al-Darda' RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  
Maksudnya: "Sesiapa yang mempertahankan kehormatan dan maruah saudara ketika ketiadaannya nescaya Allah s.w.t akan memelihara wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat."   
Hadis Riwayat al-Tirmizi.

Bicara hati aku : Kenali erti maruah dengan mudah. Maruah haruslah di jaga, dan harus di ingat jika sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam kehidupan anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik. Tapi pelik jika kita tayang-tayang badan yang hampir separa bogel itu jua di namakan apa? Di mana MARUAH anda?

Monday, August 13, 2012

Zon SeLeSa

Assalamualaikum.. Peace!!!

'Pentingkan Yang Lebih Penting Dari Pentingkan Yang Penting 
KeRaNa
Pentingkan Yang Lebih Penting Itu Lebih Penting Dari Pentingkan Yang Penting

So, aku pun pentingkan yang lebih penting la kan..huhu.. Yang paling penting dalam hidup aku sekarang adalah aku inginkan diri aku yang sempurna dan jadi diri aku yang sebenar... 

Aku adalah aku dan di sini aku nak war-warkan kepada semua, aku bukanlah klon jadian sesiapa!!!! "AKU ADALAH AKU" terbaik.. 
muktamad !!!

Aku bangga jadi diri aku sendiri... aku punya semua..

  • Aku punya pegangan agama..
  • Aku punya kasih sayang yang ikhlas..
  • Aku punya keluarga yang penyayang... 
  • Aku punya kerjaya yang aku suka dan yang paling penting aku boleh menyara "komitment" aku dengan hasil usaha aku sendiri.. 
  • Aku punya "otak" yang waras.. 
  • Aku punya keperibadian yang bermartabat tinggi.. 
  • Aku punya pendamping yang bakal berjalan menuju ke syurga dengan perjalanan yang indah... 
  • Aku punya kawan yang boleh dijadikan sahabat.. 

Lengkap dan hampir melengkapi kehidupan aku ... Insya Allah aku akan lengkapkan kehidupan ini dengan ikatan yang suci... Amin..




Bicara Hati aku : Setiap hari baru, adalah hari untuk kita belajar dan pastinya, ada bende baru yang kita akan belajar..Moga aku akan senantiasa dilindungi oleh ALLAH SWT.. AMin

-Paksi Zon SeLeSa-

... Tika ...

Tika bicara aku beku...
Hadirkan ia dalam bentuk hangat....

Tika jiwa aku sayu...
Tuhan.. kurniakan secebis kasih...

Tika aku kecewa..
Titipkan aku sedikit kekuatan..

Tika aku menitiskan airmata..
Lupuskan kecelaruan hatiku..

Tika aku sepi..
Kirimkan aku seorang insan yang bisa membahagiakan diri ini..

Tika jasad kaku..
Semoga insan di hatiku ini akan doakan aku bahagia "disana"

Insya Allah..
Amin..


i love u more and most

Setiap Helaan NapasKu unTuk Kamu Seorang

Dalam tiap hela nafas yg kau hembus,
Dalam tiap detik nadi yg berdenyut,
Dalam tiap detak jantung yg berdegup,
Aku akan selalu menyayangimu sehingga segalanya terhenti,
Itu JanjiKu kepadamu My LOVE


Sunday, August 12, 2012

Penghargaan buat kekasih ku sayang

"Ya Allah, betapa Kau tahu bersyukurnya aku di atas nikmat islam ini, walaupun aku sedar dosa bertimbun, amalku seciput, iman senipis kulit bawang tapi aku sangat bersyukur hadirnya insan-insan beriman, sahabat-sahabat yang banyak mengtarbiah diriku seperti ini melalui kata-kata, perbuatan, luahan rasanya aku mengenal erti persahabatan dalam akidah islamiyah, bertapa aku ingin bersahabat dengannya hingga ke syurgamu, sucikan hati kernaMu, menjunjung amanahMU atas kalimah tauhid nan satu, Amin"

 love forever